Friday 27 January 2012

Hey hey hey. Assalamualaikum,

Wahh, gila excited nak update blog. Lama tak update. Lalala~ Okay, aku sangat busy sekarang. Busy ler sangat. Tak pon. Saje, aku malas nak meng-onlinekan diri sekarang.Nak Spm ler katakan. K tipu jerr~ :p
Ape cer sekarang? Takde cite pon. Tipu tipu. Banyak cite sebenarnya, but malas lorh nak menulis. So far sejak dah start sekolah ni ,alhamdulillah semuannya okay. But a little bit busy kat sekolah. And macam macam perjumpaan kena buat -.- Ni baru cuti dah ade post from ketua pemimpin pelajar and beliau bagitau ade perjumpaan balik ni. I mean malam ahad ni. Aduyai~ Tengok lah ni

Perhatian, kepada semua pemimpin pelajar, di sini terdapat satu pengumuman:
Perkara: Mesyuarat Mingguan Majlis Pemimpin Pelajar SM Sains Tuanku Jaafar.
Tarikh: 29/1/2012
Tempat: Bilik Gerakan Lembaga Kepemimpinan Pelajar.
Masa: 9.15 malam.
Perbincangan: - Perangkuman tugasan
- Pemberitahuan maklumat
- Pembentangan laporan biro(kemaskini fail tugasan)
- Hal-hal berbangkit
Jadi, kehadiran anda adalah diwajibkan. Sila siapkan segala tugasan yang telah diberikan dalam penggunaan masa cuti anda yang bermanfaat. Dan perhatian kepada semua pemimpin pelajar tingkatan 4 dan 2, anda dihendaki untuk mengemaskini board prefect di lorong pejalan kaki dan board prefect yang terletak di aspuri(pemimpin pelajar puteri). Cuti ada tinggal beberapa hari sahaja lagi, manfaatkan cuti anda rakan-rakan. Sekian, Assalamualaikum. =)
 
 Haa, kaaaan. Okay, aku ready menjalankn tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi :D Bagus syazreen bagus ^_^   
Haha, Ape lagi ye. Oh ya, STJ dah buat merentas desa. Pergh first time kot merentas desa kat sne. Last year tak sempat sebab masuk bulan 2. So,yaa. Best lah jugak. Hambik kau satu kampung gentam aku redah. Haha xD Penat lah jugak. 6km kot. Dah lah masuk kampung kampung orang kan.Atuk atuk nenek nenek semua pandang pandang kitaorang lari lari. Haha. And past paling best lalu depan kubur. Okay, time ni tengah lari then insaf sebentar. Bagi salam, pandang kubur kubur tu kejap. Then ape lagi. Pecut~ Haha. Takdela. And aku xdela ranking mana. At least dapat 5 point. Habiskan larian tak lebih setengah jam. Haa,power tak :D Lepas habis lari tu,jangan cakap lah. Peha peha kaki semua sakit xD
 Muka happy dah habiskan larian ^_^ From left: syazreen,raisya and izzy :)
Study semua so far okay lah. And kadang kadang aku tak focus. I don't why. Hmm. And i'm still in kindians. Yeah. Tak switch class. Nasib baik kott. Saya sayang kindi! Yeah. Even aku tak pegang ape ape jawatan dah dalam kelas,aku rindu nak jadi penolong kelas :p Kadang kadang aku terbagi salam time cikgu masuk kelas. Lupa aku dah tak jadi penolong dah.Cehh. Haha :p 
Aku dah lama tak jumpa kawan kawan aku. Ingat nak jumpa hari jumaat(hari ni) then masing masing busy. Hm, isokay. Aku paham. Rindu dorang :( And lama tak jumpa hailmi. Hmm, goodluck then kat plkn, awak :'( Tadi jumpa Sha sekajap bagi dia lencana pertolongan cemas PBSM. Wah, busy sangat dengan kawad dia tu :p Bagus lah. Then tadi Suddin datang rumah nenek. And dia ajak makan. Nak belanja katanya. Okay, minta kebenaran nenek.Nenek bagi green light. And ape lagi. Pergi lah. Aku ajak adik aku sekali lah kan. Takkan dua orang je dengan dia. Hew, taknak lah :p Aku ajak dia gi Q-bistro kat Permaisuri. Naik kereta dia yang dah macam van tu. Ape benda lah dia tu. Naik sorang bawak kereta bukan main besar lagi -.- Okay. Tu je, thanks weh belanja aku. Haha. 
Okay, saya tutup post saya dengan tasbih kafarah dan surah Al-As. Ceh, byee. Assalamualaikum :)
 

Sunday 1 January 2012

School school

WELCOME BACK TO SCHOOL! BYEEEEEE :D

Kursus kepimpinan pelajar

Heyyy, assalamualaikum.Sihat?

Yeayy aku dapat balik :D Kan hari tu dah balik asrama hari khamis kan. Apahal tetiba dia ade kat rumah ni. Haha. Aku fly weh fly :P Takde lah. Cikgu kasi balik ape lagi kan. Balik laaaaaaaaah. Haha. Yela kalau stay kat hostel pon xde makanan. Dewan makan tak bukak kan. So, gila ape?Kelaparan lah aku 2 hari xD Tapi hari ni (isnin) aku kena balik asrama dah. Sobs. Kena balik sehari awal dari yang lain.Banyak benda nak kena settle kan. Macam macam la kerja prefect ni. Pfft~


So,selama 3 hari 2 malam kursus tu boleh lah.And actually kan kursus ni buat dekat UITM kuala pilah. Okay semangat la sikit kan at least buat selain dari sekolah. Datang datang sekolah je sume cakap tak jadi buat dekat uitm. Buat dekat sekolah je. Pfft rasa nak balik je that time.Ahh redha jelah. And okay la time kursus tu tapi ade part yang boring which is kena dengar je ceramah dari guru guru. Hmm, nak tertido aku. Haha. Then ice breaking. Main games. Okay sangat best. Aku mmg suke main main games ni. Lagi lagi dengan yayah kan. Memang aku rase kitaorang je terlebih excited. Gelak gelak bagai xD


Then,kena bincang bincang tentang praturan baru nak buat perubahan ke ape ke dalan exco a.k.a biro masing masing. Aku exco disiplin bhai. And bukan setakat ahli. Penolong ketua exco. Pffft >,< Banyak kerja gila kena buat. Confirm aku stress nanti.After discuss discuss sume. Kena buat presentation depan cikgu. Pergh cuak. Nasib baik Epul (ketua exco) aku ni okay. Dia lah explain backup backup sume.


And part paling best dekat asrama lah. Hoho. Yela takde orang ramai kan. Kitaorang je. So ,kitaorang tidur satu dorm. Dah la boleh bawa handphone sume. Memang tak macam asrama lah kan. Kan best kalau boleh bwk phone. Hmm. Bukak lagu kuat kuat lah. Haha. Then dekat nak pukul bape kitaorang baru tido .Berborak kemain. Padahal esoknya kena bangun awal tu. Haha xD

Oh yaaaa nasib baik majlis penutupan buat dekat luar. Nak tau kat manaaaaaa? Haha kat hotel Melang Inn. Perghhhh., hotel ni salah satu pling cantik la kan dekat Kuala Pilah ni. Haha. Melang Inn pon Melang Inn lah >,< Okay kat sane kena bermesyuarat bagai. Pening kepala. Then pukul 1 lbh boleh balik. Yeay! Aku dah plan dengan yayah balik naik KTM. Soo, dari sekolah tumpang kereta budak junior ni sampai ktm seremban. Then kat seremban tu text hailmi. Nak jumpa dia before dia pergi plkn. Hmm. Okay jumpa lah sekejap dekat term. Jalan jalan. Okay i'll miss him :(

Tu je kot. Okayy, hari ni kena balik asrama balik. Hmm, bai bai guys. Selamat kembali ke sekolah yaaa! Haha. Bila la nk balik rumah lagi. Hmm.Take careee! Assalamualaikum (:.